Friday, September 3, 2010

Pengenalan SMK Kota Marudu 2

Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu 2 terletak tidak jauh dari pekan kota marudu.Jaraknya dari pekan kota marudu adalah lebih kurang 4 km.Seperti kebanyakan sekolah di daerah Kota Marudu,yang terletak dekat dengan kampung-kampung berbanding berada dekat dengan pekan,sekolah ini juga terletak di perkampungan iaitu di antara Kg.Salaping,Kg.Radu dan Kg.Korongkom.Sekolah SMK KM 2 yang kami cintai ini mula dibina pada hujung tahun 2002 dan siap sepenuhnya pada hujung tahun 2005.Selepas sahaja siap dibina,sekolah ini sudah bersedia menyambut anak bangsa yang haus akan ilmu seterusnya menjadi generasi negara yang berjaya.Oleh itu pada tahun 2006,iaitu tahun yang sangat bersejarah bagi sekolah ini,sekolah ini telah dibuka dan sekaligus menjadi ibu tempat menimba ilmu bagi anak bangsa tempatan.
                   
                     Semasa Sekolah ini dibuka,sekolah ini belum mempunyai pengetua.Namun begitu,sekolah ini tetap dibuka pada masa itu kerana sekolah-sekolah di daerah kota marudu tidak mampu lagi menampung pelajar sekolah yang semakin meningkat pada masa itu.Sementara sekolah ini menantikan kehadiran seorang pengetua yang boleh memimpin pentadbiran sekolah ini, sekolah ini telah dipimpin oleh Allayarham Yusuf Bin Ismail.Beliau telah menguruskan hal pentadbiran sekolah selama tempoh tersebut.Selepas genap tiga bulan penantian,akhirnya seluruh warga SMK KOTA MARUDU 2 telah menerima seorang pengetua yang berkaliber tinggi,berkeyakinan dan berbudi pekerti mulia serta bersopan santun.Beliau ialah Puan Siti Meriam Binti Mohmed.Beliau menggantikan Allayarham Yusuf Bin Ismail.

                      Pada awalnya,sekolah ini hanya mempunyai 300 oraig pelajar dan beberapa orang guru sahaja.Pada masa itu hanya beberapa kelas sahaja yang dibuka kerana hanya sedikit sahaja pelajar yang bersekolah di sekolah ini.selepas hampir genap tiga tahun sekolah ini dibuka,keadaan pentadbiran pun semakin stabil.Pada hujung tahun 2008,Puan Siti Meriam telah meninggalkan SMK KOTA MARUDU 2 dan berpindah ke kampung halamannya iaitu di kelantan kerana telah dinaikkan pangkat.Selepas itu beliau telah diggantikanoleh Tuan HJ Marmoh bin Kasman.
                    
                      Visi sekolah ini ialah SMK KOTA MARUDU 2 Sekolah gemilng menjelang tahun 2012.Misinya pula menjadi pusat kecemerlangan pendidikan melalui pengurusan kurikulum & kokurikulum yang berkualiti dan penzahiran pengajaran & pembelajaran yang kondusif secara berpasukan yang melahirkan generasi terbilang.Objektifnya pula ialah yang pertama, untuk meningkatkan pencapaian cemerlang akademik dan kokurikulum,kedua,memantapkan budaya kerja berpasukan dengan menanamkan semangat'espritde corp' di kalangan guru staf dan murid.Seterusnya ialah memantapkan suasana dan iklim persekitaran sekolah yang kondusif terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

No comments:

Post a Comment